Thursday, September 3, 2015

Pemain TRW tidak dibayar gaji



“BERAT mata memandang berat lagi bahu memikul” Itu perumpamaan sesuai ditujukan kepada pemain The Red Warriors (TRW) yang berdepan masalah kewangan apabila mereka belum menerima tunggakan gaji, sejak dua bulan lalu.
Sumber dalaman Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mendedahkan, kesemua pemain dan pegawai pasukan itu berasa kecewa apabila pihak persatuan masih gagal melunaskan gaji untuk tempoh dua bulan itu, sehingga hari ini.
“Sekarang sudah pun September namun setakat hari ini mereka (pemain) masih belum menerima gaji untuk bulan Julai dan Ogos. Macam mana hendak bayar ansuran kereta, rumah, bil-bil dan perbelanjaan harian jika gaji tak masuk.
“Pemain pun manusia biasa, mereka perlukan duit untuk menyara keluarga. Jangan ingat tak bayar gaji, maka majikan (Kafa) fikir pemain boleh senang-lenang kerana bola sepak adalah satu-satunya sumber pendapatan utama mereka,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Menurut sumber itu lagi, bertambah malang, pemain cuba mendapatkan maklum balas berkaitan soal gaji itu namun disambut dingin pengurusan tertinggi persatuan itu apabila bertindak mendiamkan diri dalam menangani masalah itu.
“Seboleh-bolehnya pemain tidak mahu memanjangkan isu tunggakan gaji kerana tidak mahu menjejaskan nama baik persatuan namun akhirnya keadaan tidak dapat dielakkan apabila berita ini mula tersebar dan menjadi perdebatan penyokong Kelantan di media sosial, sejak dua hari lalu,” katanya.
Tambahnya, meskipun berdepan kemelut tersebut namun pemain masih lagi boleh bersabar dan ia dibuktikan sebelum ini apabila mereka bermain bersungguh-sungguh sehingga berjaya memastikan Kelantan kekal dalam saingan Liga Super seterusnya layak beraksi pada kempen Piala Malaysia, musim ini,” katanya.
Sementara itu, usaha mendapatkan maklum balas daripada Setiausaha Agung Kafa, Datuk Ismail Md Noor tidak berhasil apabila beliau enggan mengulas berhubung kemelut terbaharu yang melanda pasukan itu.
-Sinar Harian

Tuesday, August 25, 2015

Tun Daim : Malaysia akan jadi bankrupt pada September ini sebab ringgit sudah tiada nilai

Nilai matawang dijangka akan terus menurun sehingga ke rm4.50 sehingga akhir september ini disebabkan oleh ringgit tidak digunakan sebagai matawang yg digunakan dalam urusan pasaran saham dunia. Nilai ringgit tersandung disebabkan oleh tindakan kerjaan yg mengurangkan export minyak mentah tetapi melebihkan aktiviti menimport. Setiap org harus mengambil langkah berjaga jaga kerana ini merupakan bencana ekonomi kepada semua.. bank negara hanya mempunyai rezab rm101 bilion buat masa sekarang. Hutang kita pula meningkat kepada 580 bilion. Hentikan aktiviti membeli hartanah serta kereta buat masa sekarang. Bencana besar sedang menuju kearah kita semua.
Pakar ekonomi menjangkakan ekonomi malaysia akan hancur/rebah dalam msa 100 hari. Pasaran saham dunia serta nilai matawang akan melemaskan kita semua secara drastik.
Ini adalah kerana keadaan semasa ekonomi dunia yg negetif. Isu isu keselamatan dunia seperti penganas ISIS dan konflik timur tengah. Lebih menakutkan lagi adalah isu di kepulauan Spartly yg mana China, vietnam, taiwan, filifina dan malaysia mahu menuntut hak. Latihan ketenteraan china dan russia akhir2 ini seakan akan ingin menunjuk kan kemampuan serta kekuatan ketenteraan. Ini semua kerana secara tidak langsung ingin memberitahu kepada US supaya tidak cuba untuk berperang dengan mereka.
Krisis minyak mentak akhir2 ini adalah disebabkan oleh lebihan bekalan. Pihak amerika mengepam minyak dengan jumlah yg banyak dengan alasan:-
1) Untuk menyekat ekonomi serta matawang russia kerana russia adalah pengeksport no 1 minyak mentah dunia. Pihak US dan kesatuan Eropah (EU) menyalahkan russia diatas kegawatan di ukrain serta isu MH17 yg tiada kesudahan..
2) untuk menghentikan keganasan. Terutama ISIS yg menjual murah minyak mentah yg diseludup dari syria dan iraq.
Malaysia diburukan lagi dengan ketidaktentuan politik, penyalahgunaan kuasa serta penutupan kebenaran oleh seseorg.
Dunia juga melihat malaysia sebagai dikedudukan no 1:-
1) rasuah dan skandal
2) juara dunia dalam pemalsuan kad kredit.
Oleh itu para sahabat serta ahli keluarga.. berjimat cermatlah dalam membelanjakan wang.. kita sekarang kearah keruntuhan ekonomi dunia. Hari2 yg mendatang akan menjadi suram dan tidak menentu. Perjalanan hidupbkita akan menjadi amat susah dan tidak boleh dijangka. Krisis ini akan 'menghentam' kita semua. Tidak kira kaya atau miskin..

Nasihat drp pegawai bank

Jangan beli rumah/kereta/aset lain dalam tempoh 6 bulan dari sekarang. Ekonomi malaysia dijangka akan gawat pada bulan 9. Duit tidak akan dapat dikuarkan dari bank. Bagi yg ada duit lebih...boleh beli ketika org yg nk jual aset ketika itu kerana gawat. Dijangka potongan ke atas aset boleh mencecah sehingga 30%. Asalkan aset dapat dijual dan dapat pulangan wang (cover bayar loan rumah bulan2 bg org yg mempunyai aset 3-4 biji. Dijangka akan jual 1-2 biji aset). Jika boleh...duit jangan disimpan dalam bank. Simpan cash di mana2 yg boleh digunakan pada bila2 masa. Malaysia boleh diumumkan gawat jika nilai mata wang terus jatuh.

Currency is expected to go down further to RM 4.50 by end of September as Ringgit not used as currency's for trading in world market stock exchange. Ringgit stumbled as the govt. further cut on export of crude and import more. Everyone should take precaution as this is a crashed economy  as a whole. Bank Negara only held reserved of RM101 billion at this moment. Our debt climbed to 580 billion.Stop buying any properties or car. Disaster is on the way.

World
Economic Analyst  predict within 100 days, Malaysia will collapse. Stock market & currency value will take a nose dive in a drastic manner.

This is due to world negative economic outlook; World's security issue due to terrorism - ISIS,  & middle East conflict.  There has been much fear on the Spartly Island; where China, Vietnam, Taiwan, Philippine and Malaysia want to claim ownership rights.  The recent China & Russia military training exercise is to show their military alliance & strength. This is to tell US to lay off. Indirectly to warn US, Japan & Phillipine, do not wage war against China or Russia.

The recent crude oil crash is due to oversupply. The Americans are pumping in the world more crude  oil.  The reasons: i) to hurt Russian's economy and her currency as Russian is world's no1. Oil exporter.  US & EU are blaming Russia for Ukraine's turmoil & the unresolved MH 17 issue. ii) to stop terrorists, particularly ISIS for selling cheap smuggled crude oil from Syria & Iraq.

Malaysia is compounded by political uncertainty; corruption, abuse of one's power & withholding the truth.

The world has perceived Malaysia as no. 1 in world ranking in: i)Corruption & Scandals; and ii) world's champion in Credit Cards forgery. 

So my dear friends & family members; please spend your money wisely. Keep your Money  for rainy days. We are heading towards World economic collapse.  The days ahead will be difficult and bumpy. The journey is tough & unpredictable. This will hit hard on All of us; regardless whether you are rich or poor. All the best to All.
<Tun Daim>

Friday, August 21, 2015

Kota Bharu : Kemunculan Awan Ribut Seperti Ombak di Sekitar Bandar ini.

Kota Bharu: Kemunculan awan ribut seperti ombak di bandar ini kira-kira 5 petang tadi adalah fenemona biasa akibat taufan di utara Filipina.
Gambar awan itu menjadi ‘viral’ di laman sosial Facebook petang tadi dengan ramai yang mengungkapkan ‘Subhanallah’ kerana ia tanda kebesaran Allah SWT.



Pegawai Meteorologi Kanan, Pusat Cuaca Nasional Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, garisan awan begitu yang dinamakan 'Garis Badai' turut membawa bersama angin kencang dan hujan lebat di sesetengah tempat.

 

"Disebabkan kehadiran taufan di utara Filipina yang bergerak ke arah Taiwan, maka di sebelah utara semenanjung dan Pantai Timur juga berlaku pembentukan awan begini.
"Ia cuma melintasi dari Kedah ke Kelantan menghala ke Laut China Selatan, untuk ke arah taufan berkenaan. Mengikut radar cuaca, pergerakannya adalah pada 5 petang hingga 6 petang.


"Laluannya membawa bersama hujan dan angin kencang yang kemudian membentuk Garis Badai ini, kadangkala disertai awan ribut," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Dr Hisham berkata, fenomena itu juga diramal berlaku selama tiga hari lagi sehingga 24 Ogos.
Katanya, orang ramai tidak perlu bimbang dan dinasihatkan tidak mudah membuat spekulasi yang bukan-bukan, sebaliknya merujuk laman web Met Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai perubahan cuaca.

Thursday, August 20, 2015

Lapangan terbang baharu mampu lonjak ekonomi Kelantan

KUALA LUMPUR: Majlis Perdagangan dan Ekonomi Kelantan (KELTREC) menggesa supaya usaha bersepadu kerajaan negeri dan persekutuan tanpa birokrasi politik untuk menyegerakan pembinaan infrastrurktur asas seperti jaringan lebuhraya baru Gua Musang Kota Bharu dan Pasir Puteh Jeli yang perlu dinaiktaraf bagi menyokong pusat pertumbuhan baru yang bakal muncul hasil dari pembinaan lapangan terbang yang bakal dibina di negeri itu.

Pengerusi Majlis Perdagangan dan Ekonomi Kelantan Abdul Ariffahmi Ab Rahman berkata dengan siapnya fasa pertama lebuhraya Kota Bharu Machang maka akan wujud jarak strategik antara pusat bandar Kota Bharu dan lapangan terbang ini yang akan hanya mengambil masa dalam 30 minit perjalanan.

Katanya, dalam usaha menjadikan Kelantan sebagai wilayah ekonomi timur bagi Malaysia yang terdedah kepada pasaran Indo China, Jepun dan Korea maka semua infrasturktur ekonomi seperti pelabuhan Tok Bali dan kemudahan kastam di sempadan Thailand terutama di Bukit Bunga, Pengkalan Kubur dan Rantau Panjang harus dinaiktaraf supaya asas kepada ekonomi Kelantan dapat dimanfaatkan sepenuhnya. 

"Lapangan terbang antarabangsa di Kelantan akan berupaya mengaut segala manfaat ekonomi dari pasaran Indo China yang terbuka luas. Keltrec juga menyeru supaya semua pihak berusaha dan menyokong projek ini supaya disegerakan," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau turut menyambut baik cadangan Kerajaan Negeri dan usaha Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan untuk merealisasikan lapangan terbang antarabangsa di negeri ini yang terletak di Sungai Bagan Machang.

Beliau berkata, usaha ini bertepatan dengan hasrat warga perniagaan di negeri Kelantan yang mahu melihat munculnya satu pemutar ekonomi baru (economic spinner) yang akan jadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi Kelantan seluruhnya di dekad akan datang.

"Pemilihan lokasi yang luas ini juga amat tepat kerana kemudahan rundingan dengan pemilik tunggal estet Sungai Bagan yang mudah berbanding dengan pengambilan tanah yang biasa dibuat oleh kerajaan negeri melibatkan jumlah pemilik yang ramai dan mengambil masa yang lama," tambahnya.

Dari segi geografi, katanya, Machang perlu menjadi pusat pertumbuhan baru kerana berada di tengah-tengah negeri. 

"Sudah tentu limpahan ekonomi (spill over) daripada pertumbuhan pesat di Kelantan Tengah ini akan dirasai di seluruh negeri menjadikan pacuan kegiatan ekonomi akan berlaku dan dirangsang oleh seluruh rakyat tanpa mengira parti politik," katanya.

KELTREC adalah sebuah NGO yang ditubuhkan pada 2013 utk menyokong dan memantau kegiatan ekonomi Negeri Kelantan. –HARAKAHDAILY 20/8/2015

Terima RM1 Juta Dari Najib Satu Perkara Biasa - Siapa Lagi Yang Pernah Terima Duit Dari Najib Sila Tampil !


Semalam Shahrir mendakwa rakyat sudah menerima penjelasan kerajaan mengenai isu RM2.6 billion dan turut menyindir pengamal media sosial sebagai syok sendiri dalam isu berkaitan. 

Ramai yang dah baca pendedahan Sarawak Report mengenai beberapa pemimpin Umno yang didakwa menerima wang dalam jumlah yang besar daripada Najib secara peribadi dan ini termasuk Shahrir sendiri yang membuat pengakuan.

TMI 17/8Saya percaya Shahrir juga amat yakin yang rakyat turut menerima alasan bahawa pemberian wang seumpama itu merupakan satu perkara biasa.

"Kepada siapa lagi harus saya minta bantuan kewangan untuk perbelanjaan dalam mentadbir bahagian saya jika bukan dari presiden parti saya sendiri?," - juga dilapor oleh mStar.

Isu ini kemudiannya terus senyap ..... mungkin benar rakyat sudah menerima pemberian wang dari seorang PM, contohnya Najib dalam kes ini sebagai satu perkara biasa !

I don't know la...... Pemberian RM1 JUTA dari akaun peribadi Najib sebagai PERKARA BIASA ? ?

Turut dikaitkan adalah nama2 seperti Mat Maslan dan Mas Ermieyanti walaupun mereka tidak memberi komen. Kenapa tidak ada pihak yang mahu mendapatkan pengesahan  dari mereka tentang dakwaan ini ? Adakah kerana ia satu PERKARA BIASA ?

Maaflah .... saya tidak dapat menerima perkara seperti ini sebagai satu PERKARA BIASA. ( PS - Isssh, jangan salah faham. Saya sebut ini dalam konteks POSITIF. Baca dulu seterusnya .... )

Kalau menerima peruntukan dana kerajaan bagi pembangunan kawasan ..... ya, itu perkara biasa.. Kalau menerima peruntukan dari Parti bagi tujuan sama ..... ya, itu juga satu perkara biasa. Tapi BUKAN dari akaun peribadi pemimpin !

Tiga persoalan segera timbul .... Pertama, berapa ramai lagi yang pernah menerima wang dari akaun peribadi Najib ? Kenapa mereka ini tidak mahu tampil membuat pengakuan ? Adakah perlu tunggu pendedahan dari media seperti Sarawak Report baru mereka mahu mengaku ? 

Setakat 3 nama yang disebut ( dan hanya 1 yang mengaku ), BUKANlah satu perkara biasa. Siapa lagi ? Adalah lebih baik mereka tampil sendiri dan buat pengakuan sebelum nama2 mereka didedahkan kerana saya percaya SR mempunyai senarai yang lebih panjang. Kalau nak tunggu didedahkan baru nak mengaku, rakyat akan punya tanggapan negatif ...... sepertinya mereka ini rasa bersalah dan malu untuk tampil mengaku.

Jika dana itu bertujuan untuk pembangunan masyarakat, seharusnya mereka bangga kerana kerana punya inisiatif untuk bergerak mencari sumber dana selain dari peruntukan kerajaan dan/atau parti. Kenapa tak nak orang ramai tahu ? 

Hmmm ..... akhir2 ini ramai yang buat perkara kebajikan secara senyap2 .... ek ? Murninya hati ....

Kedua, berapakah jumlah yang mereka semua terima jika perkara ini merupakan satu perkara biasa ? Berapakah yang telah dibelanjakan dari poket peribadi Najib untuk perkara biasa ini ? Kalau Shahrir sorang saja dapat RM1 juta begitu saja ...... WOW! Pasti berjuta-juta RM telah didermakan oleh Najib untuk rakyat ..... TANPA diketahui ! 

Seharusnya mereka yang pernah menerima dana seperti itu daripada Najib tampil kerana pendedahan perkara ini pastinya akan membantu memperbaiki imej Najib yang semakin teruk tercalar ketika ini ! Saya tidak dapat menerima kenyataan seorang penderma yang sanggup mengeluarkan berjuta-juta RM dari simpanan peribadi demi membantu rakyat secara SENYAP seperti Najib mendapat kritikan negatif dari rakyat ..... INI TIDAK ADIL !

Najib seharusnya mendapat pujian yang melambung2 bukan saja dari rakyat Malaysia, malah dari seluruh dunia ! Tidak ada pemimpin lain di dunia seperti ini ...... pastinya cerita Perdana Menteri Malaysia yang menderma berjuta-juta RM secara senyap ini bakal menjadi bualan rakyat sedunia ...... malah bakal menjadi satu kisah teladan yang diturunkan antara satu generasi ke generasi yang lain ! Tak bangga ke ??? ( macam cerita Khalifah Umar... gitu .. )

Ketiga, kalau Najib sanggup bersedekah sebegitu banyak, berapa pula wang yang dimiliki beliau ? Kemungkinan besar dana itu datangnya dari derma RM2.6 billion yang diterima oleh Najib dari seorang penderma billionair yang juga tidak mahu dikenali.

Mustahil Najib punya simpanan berjuta2 RM dan sanggup bersedekah pula berjuta2 RM dengan pendapatan resminya ! 

Nah ! Inilah peluang terbaik untuk pemimpin2 Umno membantu menyelamatkan imej Najib. Mereka yang pernah menerima sumbangan dana dari akaun peribadi Najib seharusnya tampil beramai2 secara sukarela kerana ini akan menjawab sebahagian persoalan RM2.6 billion itu. Ia bakal membuktikan bahawa dana itu sememangnya digunakan untuk pembangunan rakyat !

Apa yang nak dimalukan ? Kan ia satu perkara biasa .... 

Saya jadi kesian pula kepada pemimpin2 yang mengatakan mereka tidak ada menerima sebarang dana dari akaun peribadi Najib ..... seperti Muhyiddin, Shafie dan yang terbaru Anifah Aman  -

Datuk MuGo

Tuesday, August 18, 2015

Bom Bangkok: satu letupan kecil dekat stesen kereta api

Tidak sampai 24 jam selepas letupan bom yang mengorbankan 22 orang malam tadi, satu lagi letupan berlaku berhampiran sebuah stesen kereta api yang sibuk di tengah Bangkok petang semalam. Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) insiden itu disiarkan di Thairath TV, menunjukkan orang ramai bertempiaran lari mencari perlindungan daripada terkena letupan yang mengakibatkan percikan air besar ke udara. Pegawai polis Yanawa itu berkata, sebuah peranti kecil dilempar dari sebuah jalan dan jambatan kereta api yang merentangi Sungai Chao Praya dan jatuh di sungai di bawahnya sebelum meletup.

10 Emoji Yang Mungkin Anda Gunakan Secara Salah Selama Ini


Emoji kini menjadi salah satu medium untuk orang ramai berinteraksi di dalam mesej terutamanya dalam aplikasi Whatsapp, Telegram ataupun Facebook.

Namun, tanpa kita sedar, sesetengah emoji yang kita gunakan tidak menyerupai maksud sebenar emoji tersebut seperti yang ditentukan oleh Unicode Consortium, badan yang bertanggungjawab dalam soal piawaian termasuk piawaian emoji.

Mungkin disebabkan oleh beberapa kali berevolusi, emoji yang diguna pakai sekarang disalah ertikan oleh pereka grafik yang bertanggungjawab mencipta emoji untuk platform masing-masing.

Disini kami senaraikan antara emoji-emoji yang selalu digunakan tetapi mungkin disalah tafsir oleh orang ramai bersama maksud sebenarnya.

1 - Kecewa tetapi lega


Emoji ini mungkin kelihatan seperti seseorang sedang menangis tetapi maksud sebenarnya adalah perasaan lega selepas anda melalui sesuatu yang mengecewakan.

2 - Terkejut


Mungkin ramai yang tersalah tafsir emoji ini bermaksud mati kerana mata emoji ini berbentuk pangkah tetapi sebenarnya ia bermaksud terkejut.

3 - Tenang
Sekali pandang memang emoji ini seolah seperti sedang terkejut dengan sesuatu namun apa yang dimaksudkan dengan emoji ini adalah tenang.

4 - Terlampau gembira
Emoji ini selalu digunakan ketika dalam keadaan 'akward' tetapi sebenarnya ia melambangkan seseorang itu sangat gembira sehingga ternampak giginya.
5 - Ciuman

Memang emoji ini nampak seperti sedang bersiul, tetapi ia sebenarnya digunakan untuk melambangkan ciuman kepada seseorang. Tetapi ciuman ini kurang sedikit 'powernya' dari emoji ciuman bersama hati.

6 - Menikmati makanan lazat


Emoji ini bila digunakan seolah-olah memaparkan anda sedang bergurau atau main-main. Namun maksud sebenar emoji ini adalah anda sedang menikmati makanan lazat yang anda gemari.

7 - Gadis kaunter pertanyaan


Gadis ini bukan sedang berkata 'whatever' tetapi dia adalah seorang gadis di kaunter pertanyaan yang sedang melayan pelanggannya.

8 - Kucing keletihan

Ini bukannya seekor kucing yang terkejut, tapi ia seekor kucing yang keletihan. Emoji ini digunakan untuk memberitahu seseorang itu dalam keletihan.

9 - Bersemangat



Emoji hidung keluar asap ini sebenarnya menunjukkan seseorang itu dalam keadaan yang bersemangat, bukan marah.

10 - Tidak setuju



Emoji ini pun bukanlah emoji yang melambangkan kemarahan tetapi sebenarnya emoji yang melambangkan seseorang itu tidak bersetuju dalam satu-satu hal.

Walaupun emoji-emoji ini mempunyai standardnya tersendiri tetapi apa yang penting adalah kedua-dua penghantar dan penerima memahami apa yang dimaksudkan dengan emoji tersebut. Tetapi, jika anda seorang yang mementingkan ketepatan, dan ingin menggunakan emoji mengikut standard, anda boleh ke http://emojipedia.org/ untuk melihat senarai penuh emoji dengan maksudnya.